Thursday, June 16, 2005

reallifegoeslikethis

Menghargai Diri


Terima kasih. Terima kasih. Dan terima kasih.

Dah tak perlu kek harijadi. Tak perlu parti-parti. Hati saya dah begitu berbunga-bunga sekali mengenangkan ada yang mengingati diri. Tahukah diri rasa paling berharga, paling bermakna, bila ada orang ingat pada kita?

Sebab mahu kekal muda bererti hidup dalam memori.
____________________________

Memang saya ini banyak songehnya :)

Bukan saya tidak menghargai diri. Apatah lagi tidak menghargai semua di sekeliling saya. Cuma kadang-kadang rutin itu rasanya tidak berapa difahami.

Ucap tahniah, penghormatan, kata yang baik-baik dan doa perlulah diucap selalu. Tak kira waktu, tak kira tempat. Kan yang baik-baik itu menyenangkan hati, memberikan kesejahteraan. Maka diamalkan pada semua-semua, tentulah bagus sekali.

Menunggu satu 'event', satu masa, barulah mahu manis muka, manis mulut, maka seolah-olah hidup ini pasti saja berterusan seperti rancangan. Macam mati itu kena datang ikut jadual, kena lepas semua 'dateline' dan semua 'event' kita dulu.

Tiap-tiap hari kita bagi salam, ucap selamat dengan hari penuh ikhlas dan muka tersenyum riang, maka bukankah hari-hari pun jadi perayaan dan parti?

:)
________________________

Saya mahu meminta maaf pada semua. Sepatutnya kata-kata ini dah diluah, dikeluarkan sebegitu lama. Cuma adat manusia sombong dan jahil seperti saya, yang baik-baik itulah mahu dipendam-pendam, sedang cacai-maki laju saja keluar.

Maaf atas segala kesilapan saya. Baik kata, baik perbuatan mahupun apa saja bentuk kejahatan dan kesalahan yang telah saya lakukan. Usah disimpan kemarahan, usah disimpan dendam. Dosa saya pada tuhan secara langsung sudah sebegitu banyak. Kelak jika kalian menuntut lagi saki-baki pahala yang sedikit cuma, letih rebahlah saya.

Terima kasih lagi dan lagi. Sesungguhnya kasih sayang kalian terlalu besar, menggunung dan tinggi. Kerana itulah serasanya kasih saya ini terlalu lokek dan sedikit yang diberi.

Kepada ibu bapa yang mempercayai diri, kepada teman-teman yang setia di sisi. Dan seluruh manusia yang berdoa pada kesejahteraan saudara-saudaranya di sana sini.

3 Comments:

At 2:16 AM, Anonymous Anonymous said...

best regards, nice info Digital photo printing service dealer program http://www.digital-print-service.info/Dxg_digital_camera_printing.html sage local phone service Domestic ice making machine uk only Free free fioricet online information auto floor mats

 
At 9:21 AM, Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » » »

 
At 2:26 AM, Anonymous Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

 

Post a Comment

<< Home